Saturday, November 20, 2010

Kemudahan Istighfar

Istighfar! Tentu biasa kita dengar kan? Dalam hidup kita ataupun dalam cerita-cerita drama kat tv dialog “banyak-banyak bawakan istighfar, InsyaAllah...”. Bila kita ditimpa kesusahan manapun musibah, pasti orang yang terdekat dengan kita ibubapa, kawan-kawan.. pasti akan menyarankan kita beristighfar. Tapi berapa kerat dari kita yang ambil kisah sangat dan beristighfar?
MasyaAllah wahai saudara-saudaraku sekalian, jika kamu tahu betapa besarnya nikmat, kesan istighfar, PASTI!!! kamu pasti akan sentiasa beristighfar setiap masa. Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Allah s.w.t. Cuba kita bayangkan, kita hari-hari buat dosa. Dahlah kita ini berdosa, Allah masih lagi amat sayang pada kita, malah Dia memberi lagi satu kemudahan yang teramatlah mudah untuk kita amalkan agar kita sentiasa memohon ampun/taubat padaNya. SESUNGGUHNYA ISTIGHFAR ITU PENYELAMAT KITA!

Ali Bin Abi Talib mengatakan: “Sangat menghairankan mengapa ada orang yang celaka padahal dia sebenarnya memiliki penyelamat”. Lalu seseorang bertanya kepadanya: “Apakah penyelamat itu?” Ali menjawab: “Istighfar.”

Ali r.a mengatakan: “Allah s.w.t tidak akan memberi ilham kepada seorang hamba untuk beristighfar jika Dia akan menyeksanya”

Diriwayatkan Luqman mengatakan kepada seorang anaknya: “Wahai anakku sesungguhnya Allah s.w.t memiliki waktu yang di mana Dia tidak akan menolak orang yang meminta pada saat itu. Maka perbanyakkanlah bacaan istighfar.”

Aisyah r.a mengatakan: “Sungguh beruntung sekali orang yang menjumpai buku catatan amalnya penuh dengan bacaan istighfar.”

Faedah dan Kesan nyata istighfar:

  1. Istighfar merupakan sambutan terhadap perintah Allah.
    Allah s.w.t menjanjikan keampunan dan pahala yang agung selain pemberian yang melimpah ruah atas balasan istighfar.
  2. Istighfar adalah kunci rezeki.
    Istighfar merupakan sebab yang paling utama mendatangkan rezeki sebagaimana firman Allah s.w.t yang mengisahkan tentang Nabi Nuh: “Maka aku katakan pada mereka, Mohonlah kemapunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh 10-12)
  3. Istighfar membuka pintu syurga
  4. Istighfar menghapuskan segala dosa dan kesalahan
  5. Istighfar dapat menolak seksaan sebelum ditimpakan
  6. Istighfar meninggikan darjat
  7. Istighfar membersihkan hati
  8. Istighfar menyuburkan kandungan
  9. Istighfar menyihatkan dan menguatkan
  10. Istighfar merupakan khabar gembira bagi wanita.
    Sesungguhnya wanita merupakan penduduk neraka paling ramai.

Lihatlah wahai saudaraku sekalian, dengan hanya satu amalan kecil dan mudah sudah mampu menyelamatkan diri kita dari azab Allah. Begitu mudah untuk kita lafazkan ..

Astagfirullah al-azim” ataupun “Astagfirullah wa'atubu ilaihi”

dan banyak lagi..

Marilah kita mulakan mulai sekarang membiasakan diri kita beristighfar. Jika tidak dapat banyak, baca 3x selepas solat fardhu pun jadilah.. janganlah jadi orang-orang yang rugi! Mari kita muhasabah diri, buatlah simulasi bayangkan diri anda sendiri sedang melihat neraca timbangan amalan anda sendiri, agak-agaknya mana condongnya belah kiri(dosa) ataupun belah kanan(pahala). Lakukanlah sesuatu untuk diri kita sendiri. Sesungguhnya kita kena faham, yang boleh menyelamatkan diri kita hanya diri kita sendiri bukan orang lain.. Sesungguhnya azab Allah s.w.t itu Maha Berat.

Mari.. Mari kita beristighfar.... Astagfirullah al-azim....

No comments:

Post a Comment