Thursday, December 16, 2010

24 Ciri-Ciri Orang yang Mencintai Kamu.

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”




Tuesday, November 23, 2010

Berdosa Kalau Kita Tidak Merancang Untuk Pergi Haji.


Sebagai seorang islam sejati kita wajib merancang untuk menunaikan haji. Kita mungkin hanya orang miskin gaji taklah seberapa sangat pun. Ada yang gaji mungkin dalam RM1,000.00 je or kurang lagi. Yang gaji lebih tu alhamdulillahlah kan ok sikit. But think about it, Tiap-tiap bulan mesti ada kan kita buang duit kita untuk benda-benda membazir je kan? Sebenarnya if we think carefully, gaji kita memang ada lebih pun..Lebihan itulah yang boleh kita simpan sebenarnya untuk menunaikan tanggungjawab haji kita. Sikit atau banyak simpanan kita tidak penting. Sama ada kita dapat pegi haji atau tidak, itu kerja Tuhan. Pokoknya merancang itu adalah yang utama dan Wajib.Tak rasa rindu ke nak pegi Mekah. Saya tengok gambar pun dah rindu.. terpanggil rasanya dek lambaian kaabah.. Saudara semua macamana.? Tepuk dada tanya selera...

So Belanja Biar Berhemah, Menyimpan Pun Biar Tertib..


Saturday, November 20, 2010

Kemudahan Istighfar

Istighfar! Tentu biasa kita dengar kan? Dalam hidup kita ataupun dalam cerita-cerita drama kat tv dialog “banyak-banyak bawakan istighfar, InsyaAllah...”. Bila kita ditimpa kesusahan manapun musibah, pasti orang yang terdekat dengan kita ibubapa, kawan-kawan.. pasti akan menyarankan kita beristighfar. Tapi berapa kerat dari kita yang ambil kisah sangat dan beristighfar?
MasyaAllah wahai saudara-saudaraku sekalian, jika kamu tahu betapa besarnya nikmat, kesan istighfar, PASTI!!! kamu pasti akan sentiasa beristighfar setiap masa. Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Allah s.w.t. Cuba kita bayangkan, kita hari-hari buat dosa. Dahlah kita ini berdosa, Allah masih lagi amat sayang pada kita, malah Dia memberi lagi satu kemudahan yang teramatlah mudah untuk kita amalkan agar kita sentiasa memohon ampun/taubat padaNya. SESUNGGUHNYA ISTIGHFAR ITU PENYELAMAT KITA!

Ali Bin Abi Talib mengatakan: “Sangat menghairankan mengapa ada orang yang celaka padahal dia sebenarnya memiliki penyelamat”. Lalu seseorang bertanya kepadanya: “Apakah penyelamat itu?” Ali menjawab: “Istighfar.”

Ali r.a mengatakan: “Allah s.w.t tidak akan memberi ilham kepada seorang hamba untuk beristighfar jika Dia akan menyeksanya”

Diriwayatkan Luqman mengatakan kepada seorang anaknya: “Wahai anakku sesungguhnya Allah s.w.t memiliki waktu yang di mana Dia tidak akan menolak orang yang meminta pada saat itu. Maka perbanyakkanlah bacaan istighfar.”

Aisyah r.a mengatakan: “Sungguh beruntung sekali orang yang menjumpai buku catatan amalnya penuh dengan bacaan istighfar.”

Faedah dan Kesan nyata istighfar:

  1. Istighfar merupakan sambutan terhadap perintah Allah.
    Allah s.w.t menjanjikan keampunan dan pahala yang agung selain pemberian yang melimpah ruah atas balasan istighfar.
  2. Istighfar adalah kunci rezeki.
    Istighfar merupakan sebab yang paling utama mendatangkan rezeki sebagaimana firman Allah s.w.t yang mengisahkan tentang Nabi Nuh: “Maka aku katakan pada mereka, Mohonlah kemapunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh 10-12)
  3. Istighfar membuka pintu syurga
  4. Istighfar menghapuskan segala dosa dan kesalahan
  5. Istighfar dapat menolak seksaan sebelum ditimpakan
  6. Istighfar meninggikan darjat
  7. Istighfar membersihkan hati
  8. Istighfar menyuburkan kandungan
  9. Istighfar menyihatkan dan menguatkan
  10. Istighfar merupakan khabar gembira bagi wanita.
    Sesungguhnya wanita merupakan penduduk neraka paling ramai.

Lihatlah wahai saudaraku sekalian, dengan hanya satu amalan kecil dan mudah sudah mampu menyelamatkan diri kita dari azab Allah. Begitu mudah untuk kita lafazkan ..

Astagfirullah al-azim” ataupun “Astagfirullah wa'atubu ilaihi”

dan banyak lagi..

Marilah kita mulakan mulai sekarang membiasakan diri kita beristighfar. Jika tidak dapat banyak, baca 3x selepas solat fardhu pun jadilah.. janganlah jadi orang-orang yang rugi! Mari kita muhasabah diri, buatlah simulasi bayangkan diri anda sendiri sedang melihat neraca timbangan amalan anda sendiri, agak-agaknya mana condongnya belah kiri(dosa) ataupun belah kanan(pahala). Lakukanlah sesuatu untuk diri kita sendiri. Sesungguhnya kita kena faham, yang boleh menyelamatkan diri kita hanya diri kita sendiri bukan orang lain.. Sesungguhnya azab Allah s.w.t itu Maha Berat.

Mari.. Mari kita beristighfar.... Astagfirullah al-azim....